Pages

Friday, January 21, 2011

Halal oh halal

Bismillahirrahmannirrahim...assalamualaikum...halal adalah perkataan arab yang membawa maksud perkara yang dibenarkan dalam islam. Halal adalah istilah universal yang digunakan dalam seluruh tatacara hidup termasuklah makanan, kosmetik, produk penjagaan diri dan sebagainya. Firman allah " Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu" (Al-Baqarah  ayat 168)

Mengikut apa yang saya dpt semasa majlis ilmu ialah rasulullah telah memberikan pesanan kepada abu hurairah iaitu "jauhilah benda yang haram, pasti kamu adalah orang yang paling kuat ibadahnya". Benda yang haram adalah larangan atau tegahan Allah kepada manusia untuk melakukannya.

Kejamkah penyembelihan haiwan secara islam?
Sekian lama cara penyembelihan mengikut cara islam dipandang sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. kini kajian secara saintifik dijalankan oleh pakar dari sebuah universiti di Eropah, membuktikan memilih untuk makan daging yang halal membawa kesihatan kepada tubuh badan manusia..subhanaallah..."Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". ( Al-Baqarah  ayat 173)


Eksperimen oleh dua doktor dari Eropah ini membabitkan ujian pemerhatian kepada cara islam dan barat dengan menggunakan elektroensefalograf (EEG) dan elektrokardiograf (EKG)


Kedua-dua pakar ini telah mengimplankan beberapa elektrod pada titik tempurung kepala haiwan yang menyentuh permukaan otak haiwan terbabit. Tujuannya untuk mencatatkan keadaan otak dan jantung semua haiwan semasa sembelih atau pengsan 


Separuh daripada kumpulan ini telah disembelih mengikut cara islam, manakala sebahagiannya direnjat sehingga pengsan menggunakan kaedah (captive bolt stunning) sebelum disembelih dengan pistol humane mengikut cara barat





Penyembelihan islam
Penyembelihan gaya barat
Tiga saat pertama selepas peyembelihan direkodkan oleh EEG, tiada sebarang perubahan pada graf dengan rekod sebelum haiwan tersebut disembelih. Ini menunjukkan, haiwan tidak berasa sakit semasa atau selepas ia disembelih
Haiwan terus tidak sedar selepas dipengsankan
Tiga saat berikutnya pula, rekod EEG menunjukkan keadaan tidur lena iaitu tidak sedar kerana kuantiti darah yang banyak telah mengalir keluar dari badan
EEG menunjukkan tanda kesakitan sejurus selepas pengsan
Selepas enam saat yang dicatatkan di atas, bacaan kosong yang menunjukkan tiada sebarang rasa sakit yang dialami oleh haiwan
Jantung haiwan berhenti berdegup lebih awal berbanding haiwan yang disembelih cara islam.
Apabila mesej dari otak yang dikesan EEG jatuh ke paras kosong, jantung masih lagi berdegup dan badan masih bertenaga untuk menggelepar(tindakan refleks daripada saraf tunjang) bagi menggalakkan pengeluran darah maksimum dari badan. Hasilnya? daging yang bersih
Keputusannya, darah tidak habis membeku dalam daging menghasilkan daging yang kurang bersih


http://www.emocutez.com


 “ : Dari Abu Hurairah  berkata :Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah baik, tidak menerima kecuali hal-hal yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang mu’min sebagaimana yang diperintahkan kepada para rasul, Allah berfirman : “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.