Pages

Saturday, June 16, 2012

PeNGhaPuSan KhiLaFaH

HARI INI DALAM KENANGAN :MEMPERINGATI 88 TAHUN SEJARAH HITAM

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 88 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan,
azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka
iaitu Mustafa Kamal laknatullah. Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah hampir 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah. Bagaimanakah keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia ?

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju
perjuangan walaupun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada keseluruhan penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion). Kini tiada lagi pimpinan seorang Khalifah utk memimpin dunia Islam menjadi satu kuasa kerana
dunia Islam telah berpecah belah menjadi berbagai-bagai negara.

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?
p/s: syukran kepada hamba Allah yang sudi berkongsi ilmu ini.. sekiranya diminta pilih UMNO ataupun PAS..saya akan memilih KHILAFAH






1 comment: