Tuesday, July 31, 2012

Perkongsian Hilal Asyraf


OLIMPIK LONDON 2012 = PERANCANGAN ILLUMINATI ?]

 Olimpik London 2012 = Perancangan Illuminati untuk menimbulkan kehuru-haraan.

Orang mula menghujani perkara ini di inbox saya. Soalan meminta pengesahan.

Maka di sini respon saya.

1 - Saya tidak pasti. Ada kemungkinan benar, dan besar kemungkinannya ini hanyalah paranoid sahaja. Orang membuat kajian, kita respect usahanya mengkaji. Benar atau t
idak benar, kelihatan terlalu paranoid atau tidak, itu bergantung.

Kadangkala perkara-perkara konspirasi ni, sampai The Awakening Record(lambang dia Piramid) pun dituduh ejen Freemason. Angkat tangan kat dada sikit je, sudah dituduh upacara sembah Tuhan Matahari. Jadi kadangkala, ianya terlalu melebih-lebih.

Nak percaya 100% tak boleh, nak tolak 100% pun sebenarnya tak boleh juga.

2 - Cumanya saya suka la bila isu ini dibisingkan, untuk mengajak saudara-saudari yang ada di Page Hilal Asyraf(Official) ini muhasabah sebentar.

Kita lihat ya, gempak benar kita bila mendedahkan perancangan Freemason dan Illuminati. Kita hanya mampu tercengang, takut, tergamam, dan berharap ianya tidak terjadi, apabila setiap perancangan mereka didedahkan.

Nampak lemah sangat kita ni kan?

Kalau ianya didedahkan pun, kepada kuasa mana di atas muka bumi ini selain Allah SWT, mampu kita harapkan untuk menjadi wakil kita menghalang perancangan Illuminati dan Freemason?

Tiada. Ya, tiada.

3 - Ini adalah bukti betapa lemahnya kita. Hanya mampu mendedahkan, share, kemudian berharap dengan harapan kosong. Masalahnya di mana?

4 - Masalahnya adalah pada diri kita. Kita benci Illuminati dan Freemason, takut dengan perancangan mereka, gerun dengan betapa telitinya mereka. Namun kita sendiri tidak berusaha membina diri kita, mengumpulkan kekuatan kita, merancang perancangan dan strategi kita.

Kita tidak punya projek untuk membangunkan ummat ini, kita tidak punya strategic planning untuk menumbangkan sistem jahiliyyah hari ini.

Kita biarkan diri kita menjadi hamba kepada sistem, kita biarkan minda kita dibasuh dengan tatacara hidup barat, mengkagumi selebirti-selebriti, larut dengan hiburan.

Ada dari kalangan kita berdakwah, namun sekadar sibuk menjadi jaguh di Masjid, bergaduh sesama sendiri, dan sibuk membicarakan perkara yang tidak membangunkan minda serta ummah.

5 - Kemudian bila terdedah kepada kita perancangan Illuminati dan Freemason, yang sebenarnya kita sebarkan hakikatnya bukanlah awareness, tetapi KETAKUTAN kepada Illuminati dan Freemason itu sendiri, sekaligus bertepatan dengan perjuangan Illuminati dan Freemason yang mahu memperhambakan kita.

Kita hanya mampu TAKUT kerana?
Kerana kita sendiri, sepanjang umur kita ini, tidak pernah bersedia, membina kekuatan, melaksanakan strategi, mengumpul angka mereka yang sudi mahu berjuang, melahirkan pemimpin-pemimpin yang mantap, membina minda, membina daya saing kepada jahiliyyah yang kini memegang sistem hari ini.

Akhir kata daripada saya akan hal ini,
bukanlah kegemparan dan ketakutan terhadap Illuminati dan Freemason untuk rancangan mereka pada Olimpik 2012 ini(jika benar) yang patut kita besar-besarkan.

Tetapi malulah pada diri sendiri,
kerana hanya mampu takut dan gentar,
dan terpana dengan 'kelicinan, kelicikan, kebijakan mereka dalam merancang dan menyusun pergerakan'.

Marilah kuatkan diri.
Bina peribadi.
Masyarakat.
Keluarga.
Negara.

Kembalilah kepada Islam yang sebenarnya, memperbaiki diri dan mengajak orang lain. InsyaAllah, bermula dari situlah akan datangnya kekuatan kita.

Sekian.

Saturday, June 16, 2012

PeNGhaPuSan KhiLaFaH

HARI INI DALAM KENANGAN :MEMPERINGATI 88 TAHUN SEJARAH HITAM

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 88 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan,
azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka
iaitu Mustafa Kamal laknatullah. Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah hampir 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah. Bagaimanakah keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia ?

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju
perjuangan walaupun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada keseluruhan penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion). Kini tiada lagi pimpinan seorang Khalifah utk memimpin dunia Islam menjadi satu kuasa kerana
dunia Islam telah berpecah belah menjadi berbagai-bagai negara.

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?
p/s: syukran kepada hamba Allah yang sudi berkongsi ilmu ini.. sekiranya diminta pilih UMNO ataupun PAS..saya akan memilih KHILAFAH






Saturday, February 25, 2012

JanGanLah meMinta Anak Anda meMakai TuDung

Assalammualaikum...sekali pandang mesti anda terkejut sekiranya saya memohon semua ibubapa supaya janganlah meminta anak mereka memakai tudung...
tetapi...saya meminta kepada ibubapa supaya suruhlah anak anda menutup aurat dengan sempurna...
 hati ini sangat kecewa bila melihat wanita diluar sana memakai tudung tetapi memakai baju lengan pendek atau hanya sekadar 'menutup urat sahaja bukannya menutup aurat'
http://www.emocutez.com

~✿..SEJUK
HATI apabila melihat orang tutup AURAT..lagi sejuk jika melihat orang
pakai tudung labuh, baju longgar dan tidak jarang..tapi boleh beku hati
kalau IKHTILAT dijaga rapi, TEGAS dengan lelaki ajnabi, MALU kerana
Ilahi, TAAT pada suami, kepada ibu dan ayah dia berbakti, dan JANNAH
pasti menjadi destinasi..

Aurat tidak akan tertutup dengan sifat LEMAH
LEMBUT,
tidak akan tertutup dengan PERANGAI BAIK..tidak akan tertutup dengan
KATA-KATA yang BAIK, tidak akan tertutup dengan SOLAT..tetapi akan
tertutup dengan PAKAIAN yang SEMPURNA..✿~

"dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang perkara yg haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yg zahir daripadanye dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah  mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak2 mereka atau anak2 tiri mereka atau saudara2 mereka atau anak bagi saudara2 mereka yg lelaki atau anak bagi saudara2 bagi mereka yg perempuan atau perempun2 islam atau hamba2 mereka atau org gaji dari org2 lelaki yg sudah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak2 yg blm mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kepada allah wahai org2 yg beriman supaya kamu berjaya"[An-nur ayat 31]

 Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa,
✔ Solatlah walaupun keadaan terpaksa,
✔ Puasalah walau keadaan terpaksa.
    Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa,
❀ Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah,
❀ Dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya~

♥ Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah,
♥ Sampai bila nak menunggu??
♥ Umur kita pun belum tentu panjang .. Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....

❀ܓ InsyaALLAH ~
❀ܓ Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut..
*renung2 kan (^_^)
http://www.emocutez.com


 


Wednesday, February 22, 2012

'ShAriNG iS CaRiNG'

From UkTi Nur Diana,

when studying becomes a burden,
when revision is stressful,
when we feel like giving up and not study for our exams,
remember these 2 verses

=> Allah doesnt burden us with things that we can't bear
=> Verily with every difficulty, there is relief
    
     InsyaAllah, we'll feel better. All the best


Allah gives hope to those who dream,
HE  gives miracle to those who believe,
HE never let down those who trust, and
HE never leave those who walk in HIS path

     So dont worry, Allah knows the best




Friday, December 30, 2011

AyAh Oh AyAh

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..