Pages

Friday, December 30, 2011

AyAh Oh AyAh

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..




Monday, December 19, 2011

PerkonGsian Daripada UkTi IsTeri KhAliFah UtHmAn

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Peyayang.

Aku merayu janganlah tinggalkan diriku sendirian menghadapi dunia ini. indahnya banyak, tetapi semuanya membutakan mata hatiku.

Aku sedang mencari diriku. disudut hati yang paling dalam, sejauh mana aku dengan ALLAH dan RASULULLAH SAW.

Yang dulu banyak sangat aku harapkan,
Ya ALLAH, taubatku ini sering kumungkiri, amalanku ini sering ditinggalkan, janjiku untuk taat hanya pada-Mu sudah semakin teruji.
Apakah petanda bahawa aku bukan hamba-Mu yang Engkau kasihi.

Aku perlu perbaiki diri, sebelum memulakan urusan ini kerana aku bukanlah orang yang layak untuk meneruskan perjuangan Rasulullah SAW.

Sebelum persoalan layak atau tidak layak dicetuskan, soal pada diri, "layakkah aku menjadi ummat Muhammad, jika urusan dakwah menjadi urusan orang lain, bukan termasuk dalam urusanku."

Jika ini peluang bagi aku, dekatkanlah aku dengan matlamat yang satu, agar aku tahu bagaimana caranya, satu demi satu akan aku pelajari.

dengan mengeluarkan kata-kata agama
tidak semestinya aku seorang Ustazah
aku sekadar ingin menyampaikan DAKWAH

dengan memakai tudung labuh
tidak semestinya aku seorang yang alim
aku sekadar ingin mengingatkan tentang ISLAM

dengan menasihati orang lain
tidak semestinya aku seorang yang sempurna
aku sekadar ingin mengelakkan daripada MAKSIAT

dengan menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita
tidak semestinya aku tidak pandai bergaul
aku sekadar ingin menjaga UKHWAH

aku cuma sekadar insan biasa
yang dipilih oleh ALLAH.
mempunya dosa seperti kamu.
menjalankan urusan ini.
agar aku bisa menjadi UMMAT MUHAMMAD
berbahagia di AKHIRAT.

p/s: dipetik daripada isteri khalifah uthman



Monday, October 3, 2011

TipS CaRi JuZuk Al-QurAn

assalamualaikum...subhanallah...adakah ni kebetulan...

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442


Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala..



p/s: terima kasih abah kerana rajin berkongsi ilmu2 agama kepada anakmu...alhamdulillah...




Friday, May 27, 2011

IsLaM iS A WaY Of LiFe

Kita bertanya, Quran menjawab....

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN

QURAN MENJAWAB : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 
QURAN MENJAWAB : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? 

QURAN MENJAWAB : "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan didaerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45 
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 

QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... " - Surah At-Taubah ayat 111 
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 

QURAN MENJAWAB : "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya 
kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129 


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! 


QURAN MENJAWAB "..... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan... 
Semoga kita sama2 beroleh manfaat...~ wallahua'lam..


Friday, May 13, 2011

BeRSaBar Tiada Had???

p/s :kepada nurul lyana  semoga anda diberikan kekuatan oleh Allah untuk bersabar mnghadapi dugaan..insya Allah..amin..


Betul ke sabar tiada had???selalu kita dengar orang cakap sabar aku ada hadnya ataupun orang ckp aku dah xblh sabar lagi nie...


Hari tu saya ada post kat facebook untuk bertanya kepada sahabat FB tentang adakah sabar itu tiada had...ramai yg setuju mengatakan sabar itu tiada had tp bila ditanye kenape ckp sabar itu tiada had tiada jawapan ikut skema....huhu..gurau je


Firman Allah
"Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah berbantah-bantahan;kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah(menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati);sesungguhnya Allah berserta dengan mereka yang sabar". (al-anfal ayat 46)


Pada akhir ayat diatas menyatakan Allah berserta dengan mereka yang sabar...jikalau sabar kita ada had yakni sudah tidak boleh sabar lg adakan Allah akan berserta dengan kita???sebab itu kita kena mempunyai kesabaran yang tiada had..insya Allah...wahuallahu'alam


Wednesday, May 11, 2011

AyaT PeNGerAK




Rasulullah mengajar kepada umatnya doa diatas yang jika dibaca tiga kali waktu pagi dan tiga kali waktu petang maka akan terhindarlah kepada pembacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut insya Allah

 Untuk mengetahui kelebihan mengamalkan doa ini sila (klik disini)

Tuesday, May 10, 2011

beRFikir SeJeNaK....

Pada suatu malam..Ustaz Hairul Anuar memberikan ceramah pada para pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ)....Ust telah menanyakan kepada para pelajar tentang suatu soalan yg membuatkn saya berfikir sejenak...'apa perlunya Allah kepada diri kita, dan apa perlunya kita kepada Allah'....

Ramai pelajar blh jawab bahagian pertama yakni apa perlunya Allah kepada diri kita...jawapannya byk sgt antaranya..sebagai tempat memohon pertolongan,sebagai tempat pergantungan dan sebagainya..Firman Allah "'Hanya kepada engkau(ya Allah) kami menyembah dan hanya kepada engkau kami mohon bertolongan". (al-fatihah ayat 5)                                                                                                        
Ayat diatas menunjukkan betapa perlunya Allah kepada kita


Jadi apa perlunya kita kepada Allah???
Jawapannya"Tiada apa-apa"


Maksudnya apakah jika kita tidak menyembah Allah akan menyebabkan Allah menjadi lemah sebagaimana tuhan agama lain yang mana tuhan meraka menjadi lemah jika manusia tidak menyembah...sungguh tertipu diri ini jika berfikr demikian dan maha suci Allah daripada sifat lemah....tetapi kita pula apabila dilimpahi kesenangan seolah2 tidak memerlukan Allah dan apabila ditimpa kesusahan barulah memerlukan Allah...semoga kita dijauhkan dgn sifat ini...nasihat ini ditujukan kepada diriku dan kepada pembaca...insya Allah marilah kita berfikir sejenak... 




Friday, January 21, 2011

Halal oh halal

Bismillahirrahmannirrahim...assalamualaikum...halal adalah perkataan arab yang membawa maksud perkara yang dibenarkan dalam islam. Halal adalah istilah universal yang digunakan dalam seluruh tatacara hidup termasuklah makanan, kosmetik, produk penjagaan diri dan sebagainya. Firman allah " Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu" (Al-Baqarah  ayat 168)

Mengikut apa yang saya dpt semasa majlis ilmu ialah rasulullah telah memberikan pesanan kepada abu hurairah iaitu "jauhilah benda yang haram, pasti kamu adalah orang yang paling kuat ibadahnya". Benda yang haram adalah larangan atau tegahan Allah kepada manusia untuk melakukannya.

Kejamkah penyembelihan haiwan secara islam?
Sekian lama cara penyembelihan mengikut cara islam dipandang sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. kini kajian secara saintifik dijalankan oleh pakar dari sebuah universiti di Eropah, membuktikan memilih untuk makan daging yang halal membawa kesihatan kepada tubuh badan manusia..subhanaallah..."Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". ( Al-Baqarah  ayat 173)


Eksperimen oleh dua doktor dari Eropah ini membabitkan ujian pemerhatian kepada cara islam dan barat dengan menggunakan elektroensefalograf (EEG) dan elektrokardiograf (EKG)


Kedua-dua pakar ini telah mengimplankan beberapa elektrod pada titik tempurung kepala haiwan yang menyentuh permukaan otak haiwan terbabit. Tujuannya untuk mencatatkan keadaan otak dan jantung semua haiwan semasa sembelih atau pengsan 


Separuh daripada kumpulan ini telah disembelih mengikut cara islam, manakala sebahagiannya direnjat sehingga pengsan menggunakan kaedah (captive bolt stunning) sebelum disembelih dengan pistol humane mengikut cara barat





Penyembelihan islam
Penyembelihan gaya barat
Tiga saat pertama selepas peyembelihan direkodkan oleh EEG, tiada sebarang perubahan pada graf dengan rekod sebelum haiwan tersebut disembelih. Ini menunjukkan, haiwan tidak berasa sakit semasa atau selepas ia disembelih
Haiwan terus tidak sedar selepas dipengsankan
Tiga saat berikutnya pula, rekod EEG menunjukkan keadaan tidur lena iaitu tidak sedar kerana kuantiti darah yang banyak telah mengalir keluar dari badan
EEG menunjukkan tanda kesakitan sejurus selepas pengsan
Selepas enam saat yang dicatatkan di atas, bacaan kosong yang menunjukkan tiada sebarang rasa sakit yang dialami oleh haiwan
Jantung haiwan berhenti berdegup lebih awal berbanding haiwan yang disembelih cara islam.
Apabila mesej dari otak yang dikesan EEG jatuh ke paras kosong, jantung masih lagi berdegup dan badan masih bertenaga untuk menggelepar(tindakan refleks daripada saraf tunjang) bagi menggalakkan pengeluran darah maksimum dari badan. Hasilnya? daging yang bersih
Keputusannya, darah tidak habis membeku dalam daging menghasilkan daging yang kurang bersih


http://www.emocutez.com


 “ : Dari Abu Hurairah  berkata :Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah baik, tidak menerima kecuali hal-hal yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang mu’min sebagaimana yang diperintahkan kepada para rasul, Allah berfirman : “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.