Pages

Monday, December 19, 2011

PerkonGsian Daripada UkTi IsTeri KhAliFah UtHmAn

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Peyayang.

Aku merayu janganlah tinggalkan diriku sendirian menghadapi dunia ini. indahnya banyak, tetapi semuanya membutakan mata hatiku.

Aku sedang mencari diriku. disudut hati yang paling dalam, sejauh mana aku dengan ALLAH dan RASULULLAH SAW.

Yang dulu banyak sangat aku harapkan,
Ya ALLAH, taubatku ini sering kumungkiri, amalanku ini sering ditinggalkan, janjiku untuk taat hanya pada-Mu sudah semakin teruji.
Apakah petanda bahawa aku bukan hamba-Mu yang Engkau kasihi.

Aku perlu perbaiki diri, sebelum memulakan urusan ini kerana aku bukanlah orang yang layak untuk meneruskan perjuangan Rasulullah SAW.

Sebelum persoalan layak atau tidak layak dicetuskan, soal pada diri, "layakkah aku menjadi ummat Muhammad, jika urusan dakwah menjadi urusan orang lain, bukan termasuk dalam urusanku."

Jika ini peluang bagi aku, dekatkanlah aku dengan matlamat yang satu, agar aku tahu bagaimana caranya, satu demi satu akan aku pelajari.

dengan mengeluarkan kata-kata agama
tidak semestinya aku seorang Ustazah
aku sekadar ingin menyampaikan DAKWAH

dengan memakai tudung labuh
tidak semestinya aku seorang yang alim
aku sekadar ingin mengingatkan tentang ISLAM

dengan menasihati orang lain
tidak semestinya aku seorang yang sempurna
aku sekadar ingin mengelakkan daripada MAKSIAT

dengan menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita
tidak semestinya aku tidak pandai bergaul
aku sekadar ingin menjaga UKHWAH

aku cuma sekadar insan biasa
yang dipilih oleh ALLAH.
mempunya dosa seperti kamu.
menjalankan urusan ini.
agar aku bisa menjadi UMMAT MUHAMMAD
berbahagia di AKHIRAT.

p/s: dipetik daripada isteri khalifah uthman



2 comments: